4 Nama & Sejarah Mazhab Islam

Terdapat empat mazhab yang paling banyak diikuti oleh Muslim Sunni. Di dalam keyakinan sunni empat mazhab yang mereka miliki sah untuk diikuti, perbezaan yang ada pada setiap mazhab tidak bersifat fundamental. Perbezaan mazhab bukan pada hal Aqidah (pokok keimanan) tapi lebih pada tata cara ibadah. Para Imam berkata bahawa mereka hanya ber-ijtihad. Mengikuti hasil ijtihad tanpa mengetahui dasarnya adalah dilarang, kerana rujukan kita adalah Rasulullah saw.

 

Hanafi
Didirikan oleh Imam Abu Hanifah, Mazhab Hanafi adalah yang paling dominan di dunia Islam (sekitar 45%), penganutnya banyak terdapat di Asia Selatan (Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, dan Maldives), Mesir bahagian Utara, separuh Iraq, Syria, Lubnan Turki, Uzbekistan, Turkmenistan, Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgystan, China, Bosnia dan Palestin (campuran Syafie dan Hanafi), Kaukasia (Chechnya, Dagestan). Mazhab Hanafi adalah mazhab rasmi 2 empayar islam terbesar iaitu Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah

 

Maliki
Didirikan oleh Imam Malik, diikuti oleh sekitar 20% muslim di seluruh dunia. Mazhab ini dominan di negara-negara Afrika Barat dan Utara seperti Morocco, Algeria, Tunisia, Libya, Sudan, Mauritania, Mesir bahagian selatan, Nigeria, Senegal dan Ghana. Mazhab ini mempunyai keunikan dengan menyodorkan tatacara hidup penduduk Madinah sebagai sumber undang-undang kerana Nabi Muhammad hijrah, hidup dan wafat di sana dan terkadang kedudukannya dianggap lebih tinggi dari hadis.

 

Syafi’i
Diasaskan oleh Imam Syafie yang mempunyai penganut sekitar 28% Muslim di dunia. Pengikutnya tersebar di bahagian utara Iraq, Kurdistan, Iran (semasa zaman Seljuk), Mesir (semasa zaman Ayyubiyah), Somalia, Yaman di wilayah Hadramaut, Indonesia , Thailand, Singapura, Filipina, Sri Lanka dan menjadi mazhab rasmi negara Malaysia dan Brunei.

 

Hambali
Bermula oleh para murid Imam Ahmad bin Hanbal. Mazhab ini diikuti oleh sekitar 5% muslim di dunia dan dominan di daerah Semenanjung Arab. Mazhab ini merupakan mazhab yang saat ini dianut di Arab Saudi.

Tags:

Category: Islam

Leave a Reply